Bila anda mulakan aplikasi TronWallet anda, anda akan diminta untuk masukkan PIN kod. Ini ialah kata laluan anda untuk aplikasi. Sebaik sahaja anda tidak ingat PIN kod, anda boleh pulihkan ia. Ini kadang-kadang berlaku apabila anda memulihkan peranti anda dengan satu sandaran penuh.

Untuk memulihkan PIN kod / kata laluan anda, anda mesti keluarkan aplikasi TronWallet daripada telefon anda. Selepas anda sudah berbuat demikian, muat turun dan pasang semula aplikasi TronWallet.

PILIHAN MEMULIH DOMPET
Bila anda mula guna aplikasi TronWallet anda, selepas satu skrin pengenalan ringkas, anda ada dua pilihan untuk teruskan dengan pengalaman TronWallet anda: Mencipta atau Memulih satu dompet. Untuk memulih, ketuk pada butang MEMULIHKAN DOMPET. Anda akan dibawa kepada satu skrin di mana anda akan diminta untuk masukkan PIN dua kali. Ini ialah kata laluan anda untuk aplikasi. Selepas anda sudah mencipta PIN kod anda, anda akan diminta untuk berikan 12 kata-kata mnemonik yang diberikan kepada anda semasa anda mencipta akaun anda buat kali pertama. Jika anda berjaya berbuat demikian anda akan diberitahu dan dibawa kepada skrin utama di mana anda boleh teruskan dengan aktiviti anda dalam aplikasi ini menggunakan dompet yang anda import.

PILIHAN MEMULIH DARIPADA KUNCI PERIBADI
Bila anda mula guna aplikasi TronWallet anda, selepas satu skrin pengenalan ringkas, anda ada tiga pilihan untuk teruskan dengan pengalaman TronWallet anda: Mencipta, Memulih atau Import satu dompet. Untuk import, ketuk pada butang MEMULIH DARIPADA KUNCI PERIBADI. Anda akan dibawa kepada satu skrin di mana anda akan diminta untuk masukkan nombor PIN. Ini ialah kata laluan anda untuk aplikasi ini. Selepas anda sudah mencipta nombor PIN anda, kami akan meminta anda untuk masukkan alamat TRONSCAN anda melalui satu fungsi salin-tampal atau dengan mengimbas QR code.

Di bawah alamat Tronscan, masukkan KUNCI PERIBADI anda. Ini terdiri daripada 64 aksara. Selepas anda dah buat demikian, ketuk IMPORT. Jika anda berjaya berbuat demikian, anda akan dibawa kepada skrin utama, di mana anda boleh teruskan dengan aktiviti anda dalam aplikasi ini menggunakan dompet yang anda import.

Did this answer your question?