Proses untuk mengambil bahagian dalam jualan token mula dengan mengetuk ikon kedua dari kanan (yang ada tanda dolar) pada tab navigasi anda di bahagian bawah skrin untuk pergi kepada Ambil Bahagian. Di Sana, anda akan jumpa satu senarai token yang berlainan untuk dipilih. Sebaik anda telah pilih satu token, ketuk pada ia dan anda akan lihat skrin pemilih amaun. Pada skrin itu, untuk dapatkan maklumat lebih tentang token itu anda boleh ketuk pad butang MAKLUMAT LEBIH. Untuk teruskan, tentukan amaun token yang anda ingin mengambil bahagian dan ketuk pada butang SAHKAN. Selepas menghantar transaksi di dalam skrin maklumat transaksi dan memasukkan PIN anda, anda akan dibawa kepada satu Skrin Berjaya dan kemudian kepada Skrin Senarai Transaksi di mana anda boleh memantau transaksi anda di dalam TronWallet. Jika transaksi anda menunjukkan status Belum Disahkan, ini bermakna bahawa ia tengah disegerakkan dengan rangkaian Tronscan dan ia akan disahkan tidak lama lagi.

Did this answer your question?