Semasa anda tengah buka aplikasi TronWallet, selepas satu skrin pengenalan, anda akan mempunyai dua pilihan untuk teruskan dengan pengalaman TronWallet anda: Mencipta atau Memulih satu dompet. Untuk mencipta satu, ketuk pada butang Mencipta Dompet. Anda akan dibawa ke satu skrin di mana anda akan diminta untuk memasukkan satu nombor PIN untuk dua kali. Ini adalah kata laluan anda untuk aplikasi. Selepas anda sudah mencipta PIN kami akan meminta anda untuk menyalin satu gabungan 12 perkataan yang diperlukan untuk memulih dompet anda sekiranya diperlukan. Akaun pengguna utama anda di dalam aplikasi adalah satu gabungan nombor PIN anda dan
12 perkataan mnemonic anda. Kami sangat mengesyorkan anda untuk membuat sandaran dengan cara pilihan anda (kebanyakan orang akan menulis di atas kertas dan simpan dengan selamat). Dengan mengetuk pada butang Saya Sudah Menulisnya, anda akan diminta untuk mengetuk pada perkataan dalam susunan yang betul mengikut apa yang sudah disalin. Dengan susunan perkataan yang betul, anda sudah sedia untuk mengetuk pada butang Sahkan Benih dan mula menggunakan aplikasi TronWallet anda dengan dompet baru anda.

Did this answer your question?