Untuk menambah kenalan dalam aplikasi TronWallet anda, ketuk pada ikon ketiga dari kiri pada tab navigasi (yang menyerupai buku alamat) untuk pergi kepada Buku Alamat. Di sana, anda akan jumpa dua tab: Kenalan dan Akaun. Tab Kenalan anda sepatutnya sudah aktif. Di Sana, jika ini ialah dompet baru, anda akan lihat satu skrin kenalan yang kosong. Ketuk pada butang terapung di bawah yang kata TAMBAH KENALAN. Ini akan membawa anda kepada borang mencipta kenalan di mana anda akan diminta untuk memberikan satu nama dengan alamat kenalan itu. Selepas anda dah memutuskan satu nama, anda perlu masukkan alamatnya. Di sini anda ada 3 pilihan. Sama ada anda boleh taip alamat, ketuk pada butang Imbas (ikon paling kanan) atau anda boleh menampal alamat yang sudah ada di dalam papan klip anda. Untuk mencari satu alamat untuk tampal, ketuk pada butang yang ada dua anak panah menegak yang menghadap arah berbeza pada bar tab navigasi anda untuk dibawa kepada Skrin Senarai Transaksi.

Di dalam Skrin Senarai Transaksi, ketuk pada transaksi pemindahan yang alamat anda nak dan satu modal akan buka dengan pilihan berikut: Tambah Kenalan dan Salin Alamat. Mengetuk pada Tambah Kenalan akan bawa anda kepada borang tambah kenalan dengan alamat yang sudah diisi secara automatik, tapi untuk tunjukkan butang tampal, ketuk pada Salin Alamat dan pergi balik kepada Skrin Buku Alamat anda. Borang itu masih akan dipaparkan dengan nama sudah diisi. Kemudian, ketuk pada ikon papan klip untuk tampal alamat itu dan teruskan dengan mengetuk pada butang TAMBAH. Anda sepatutnya boleh nampak kenalan anda disenaraikan di dalam tab Kenalan dalam Skrin Buku Alamat anda.

Did this answer your question?