Pada Skrin Akaun anda (laman yang anda lihat selepas aplikasi dibukakan), di bawah kad-kad akaun anda, akan terdapat sebaris butang navigasi. Ketuk pada Butang Terima untuk dibawa kepada Skrin Terima. Anda akan diminta untuk memilih mata wang, amaun dan secara pilihan, satu huraian tentang permintaan bayaran itu. Selepas anda dah mengisi borang itu, ketuk pada Jana Permintaan dan anda akn dibawa kepada satu skrin dengan QR Code untuk bayaran itu. Anda boleh tunjukkan ia kepada orang yang anda menjangkakan bayaran daripada supaya ia boleh diimbas dan teruskan dengan proses yang lain dalam peranti mereka.

Did this answer your question?