Di dalam Skrin Akaun anda (laman yang anda lihat selepas aplikasi dibukakan), di bawah kad-kad akaun anda, akan terdapat sebaris butang navigasi. Ketuk pada Butang Hantar untuk dibawa kepada Skrin Hantar. Anda akan diminta untuk memilih jenis token, alamat orang yang anda nak hantar token kepada, amaun yang anda nak hantar dan secara pilihan satu huraian. Anda boleh mula dengan memilih satu token. Lepas itu, anda boleh isikan alamat di dalam (label "kepada") sama ada dengan menaip, menampal alamat yang pernah disalin atau mengetuk pada butang QRCode untuk dibawa ke satu skrin di mana anda boleh mengimbas kod alamat orang lain. Akhirnya, satu borang amaun akan ada untuk anda memasukkan amaun yang ingin dihantarkan. Selepas anda hantar data anda akan dibawa kepada satu skrin di mana anda boleh semak transaksi anda sebelum meneruskan. Sebaik sahaja anda yakin maklumat ialah betul, ketuk pada butang HANTAR, sahkan transaksi dengan mengetuk pada butang "HANTAR TRANSAKSI" dan mengesahkan PIN anda dan akhirnya anda akan dibawa kepada skrin transaksi di mana anda boleh memantau seluruh operasi anda di dalam TronWallet. Jika transaksi anda menunjukkan status Belum Disahkan, ini bermakna bahawa ia tengah disegerakkan dengan rangkaian Tronscan dan ia akan disahkan tidak lama lagi.

Did this answer your question?