Pada Skrin Akaun anda (laman yang anda lihat selepas aplikasi dibukakan), di bawah kad-kad akaun anda, akan terdapat sebaris butang navigasi. Ketuk pada butang Bayar untuk dibawa kepada Skrin Imbas. Anda hanya perlu letakkan kamera peranti anda di atas QRCode orang yang meminta bayaran itu dan TronWallet akan menjaga selebihnya. Anda akan diminta untuk berikan nombor PIN anda. Kemudian, dengan PIN yang betul, anda akan dibawa kepada satu Skrin Berjaya yang akan menyatakan bahawa bayaran anda berjaya.

Did this answer your question?