Untuk berkongsi alamat TronWallet anda kepada rakan-rakan anda, buat perkara berikut: Pada Skrin Akaun anda (laman yang anda lihat selepas aplikasi dibukakan), di bawah kad-kad akaun anda, akan terdapat sebaris butang navigasi. Ketuk pada Butang Terima untuk dibawa kepada skrin Terima. Anda akan jumpa dua tab. Satu untuk Minta bayaran dan satu lagi untuk Kongsi alamat anda. Ketuk pada tab Kongsi dan akan jumpa satu QRCode yang boleh diimbas jika anda ingin kongsi secara bersemuka, satu butang Salin kepada Papan Klip dan satu butang Kongsi. Yang pertama itu, akan izinkan anda untuk menyalin alamat anda kepada papan klip peranti, ini bermakna anda boleh tampal ia pada aplikasi pilihan anda. Jika anda lebih suka, anda boleh kongsi terus ke aplikasi lain menggunakan fungsi kongsi. Ketuk pada ikon yang menyerupai 3 titik yang disambungkan dan satu modal akan ditunjukkan di mana anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin berkongsi alamat anda kepada (e.g.: WhatsApp, Telegram, Gmail, etc.).

Did this answer your question?