Bila anda mula guna aplikasi TronWallet anda, selepas satu skrin pengenalan ringkas, anda ada tiga pilihan untuk teruskan dengan pengalaman TronWallet anda: Mencipta, Memulih atau Import satu dompet. Untuk import, ketuk pada butang MEMULIH DARIPADA KUNCI PERIBADI. Anda akan dibawa kepada satu skrin di mana anda akan diminta untuk masukkan nombor PIN. Ini ialah kata laluan anda untuk aplikasi ini. Selepas anda sudah mencipta nombor PIN anda, kami akan meminta anda untuk masukkan alamat TRONSCAN anda melalui satu fungsi salin-tampal atau dengan mengimbas QR code.

Di bawah alamat Tronscan, masukkan KUNCI PERIBADI anda. Ini terdiri daripada 64 aksara. Selepas anda dah buat demikian, ketuk IMPORT. Jika anda berjaya berbuat demikian, anda akan dibawa kepada skrin utama, di mana anda boleh teruskan dengan aktiviti anda dalam aplikasi ini menggunakan dompet yang anda import.

Did this answer your question?