Untuk edit salah satu kenalan anda dalam aplikasi TronWallet anda, ketuk pada ikon ketiga dari kiri pada tab navigasi (yang serupa satu buku alamat) untuk pergi kepada Buku Alamat. Di sana, anda akan jumpa dua tab: Kenalan dan Akaun. Ketuk pada tab Kenalan dan anda akan lihat satu senarai kenalan anda dalam TronWallet. Ketuk pada mana-mana kenalan dan anda akan ditunjukkan tiga pilihan: Edit, Padam dan Hantar. Hantar akan bawa anda kepada skrin Hantar dengan alamat untuk kenalan yang sudah diisi. Padam akan memadam kenalan itu. Edit akan bawa anda kepada satu borang di mana anda boleh menukar nama kenalan anda. Selepas anda sudah memutuskan satu nama, ketuk pada Edit dan kenalan anda akan dikemaskini dan dipaparkan dalam senarai kenalan.

Did this answer your question?