Untuk edit salah satu daripada akaun anda dalam aplikasi TronWallet, ketuk pada ikon ketiga dari kiri pada tab navigasi (yang serupa satu buku alamat) untuk pergi kepada Buku Alamat. Di sana, anda akan jumpa dua tab: Kenalan dan Akaun. Ketuk pada tab Akaun dan anda akan lihat semua akaun anda dalam TronWallet. Ketuk pada mana-mana akaun itu untuk bawa keluar dua pilihan: Edit dan Hantar. Hantar akan membawa anda kepada skrin Hantar dengan alamat untuk akaun yang sudah diisi. Edit akan membawa anda kepada satu borang di mana anda boleh menukar nama akaun anda. Selepas anda dah memutuskan satu nama, ketuk pada Edit dan akaun anda akan dikemaskini dan dipaparkan dalam senarai akaun.

Did this answer your question?