BELI
Untuk membeli token daripada bursa, ketuk pada ikon paling kiri pada tab navigasi anda untuk pergi kepada BURSA. Ketuk pada token yang anda ingin beli. Selepas itu anda akan dibawa kepada satu skrin di mana anda boleh memasukkan nilai yang anda ingin beli. Kemudian DEX itu akan mengira nilai pasaran berdasarkan apa yang anda telah masukkan.

Selepas anda sudah berbuat demikian, tekan BELI. Selepas anda sudah mengesahkan PIN anda, transaksi anda akan dilaksanakan.


JUAL

Untuk memjual token daripada bursa, ketuk pada ikon paling kiri pada tab navigasi anda untuk pergi kepada BURSA. Ketuk pada token yang anda ingin jual. Selepas itu anda akan dibawa kepada satu skrin di mana anda boleh memasukkan nilai yang anda ingin jual. Kemudian DEX itu akan mengira nilai pasaran berdasarkan apa yang anda telah masukkan.

Selepas anda sudah berbuat demikian, tekan JUAL. Selepas anda sudah mengesahkan PIN anda, transaksi anda akan dilaksanakan.

Nota: Pertukaran harga mungkin akan menyebabkan anggaran kos yang tidak tepat apabila anda sedang membeli token, dan transaksi itu mungkin akan gagal. Contoh, anggaran kos yang dijanakan secara automatik ialah 0.55, tapi transaksi gagal apabila anda betul-betul berdagang berdasarkan harga ini.

Ini disebabkan anggaran kos yang dijana secara automatik ialah terlalu rendah. Kita perlu menaikkan anggaran kos secara manual untuk meningkatkan kadar kejayaan transaksi. Dalam kes ini, jika kita menukarkan kos daripada 0.55 kepada 0.60, transaksi akan berjaya. Walaupun kita menggunakan lebih duit, sistem akan membayar balik dengan token yang lebih banyak secara automatik berdasarkan kos yang sudah anda bayar.

Anda juga akan mengalami situasi yang sama apabila menjual token. Contoh: Pendapatan yang dijana secara automatik ialah 0.55. Apabila anda tekan “JUAL”, transaksi itu mungkin akan gagal. Ini disebabkan anggaran pendapatan yang dijana secara automatik ialah terlalu tinggi. Kita perlu menurunkan ia kepada 0.50 untuk bagi transaksi itu berjaya. Walaupun anggaran pendapatan ialah lebih rendah, sistem akan membayar balik dengan TRX yang lebih banyak berdasarkan harga semasa token itu.

Did this answer your question?