Di dalam Skrin Akaun anda (laman yang anda lihat selepas aplikasi dibukakan), di bawah kad-kad akaun anda, akan terdapat sebaris butang navigasi. Ketuk pada Butang Beku untuk dibawa kepada Skrin Beku di mana anda boleh membekukan TRX anda (diperlukan untuk menjana Tron Power yang digunakan untuk undi Super Representatives). Anda akan diminta untuk memilih amaun dengan mengetuk pada borang 'Amaun Beku' dan menggunakan papan kunci untuk masukkan amaun yang anda nak. Ketuk pada butang Beku selepas anda dah memutuskan nilai dan anda akan dibawa ke satu skrin di mana anda boleh semak transaksi anda. Apabila anda dah pastikan maklumat transaksi anda betul, ketuk pada Hantar Transaksi dan ikut aktiviti di dalam TronWallet dalam Skrin Senarai Transaksi. Jika transaksi anda menunjukkan status Belum Disahkan, ini bermakna bahawa ia tengah disegerakkan dengan rangkaian Tronscan dan ia akan disahkan tidak lama lagi.

Did this answer your question?