Untuk mengundi Super Representative, ketuk pada ikon kedua dari kiri (yang kelihatan macam megaphone) pada tab navigasi anda di bahagian bawah skrin untuk dibawa kepada Skrin Undi. Di sana, anda sama ada boleh cari untuk Super Representative yang specifik dengan menggunakan bar carian atau cari dari senarai calon dan pilih calon yang anda mahu undi. Selepas sudah membuat keputusan, ketuk pada nama calon untuk dibawa ke satu skrin di mana anda boleh memilih amaun undian yang anda hendak buat. Kemudian, ketuk pada Tambah Undi. Anda akan dibawa balik kepada skrin undian di mana anda boleh letak lebih undian jika anda ingin. Selepas undian anda dah muktamad, anda boleh ketuk pada butang SAHKAN UNDI yang terapung pada bahagian bawah skrin untuk pergi kepada Skrin Sahkan Undi di mana anda boleh semak undian anda. Untuk teruskan, ketuk pada Sahkan, Hantar Transaksi, dan jika berjaya anda akan dibawa ke satu Skrin Berjaya. Tidak lama kemudian, anda akan dibawa kepada Skrin Senarai Transaksi di mana anda boleh memantau seluruh aktiviti anda di dalam TronWallet.

Did this answer your question?